untuk pengetahuan semua bikers, zul Chemomoi telah terlibat dlm satu kemalangan jalan raya pada hari ahad 23 Nov yg lepas.
dari sumber yg blh dipercayai,
tpt kejadian ; Highway utara selatan menuju ke KL di Slim.
sbb kemalangan ; jatuh dari motor setelah langgar lopak air/air bertakung tgh hway
masa kejadian ; 2ptg -6 ptg
kelajuan semasa kemalangan ; 170km/j (xla laju sgt cz superbike klu virago abg 815 mst dh laju gila) sori cikgu..gurau je
keadaan jalan dan cuaca ; basah dan hujan
Kecederaan abg zul : retak lengan kiri, Patah tangan kanan, patah 8 tulang rusuk.
Hospital; 4B Hospital Sungai Buluh (jalan Stright je)
Buat masa sekarang keadaan bro zul adalah parah tapi stabil serta sedarkan diri dan dia telah mengalami lung bleeding (pendarahan paru-paru) akibat di tusuk oleh tulang rusuk yang patah.
mari lah kita semua berdoa agar zul cepat sembuh dan diringankan kesakitan yang dia alami.
Ya Allah,
ku bermohon padaMu untuk kesekian kalinya,
Ya Allah..
Andai masih ada lagi keserian dlm hidupku ini,
dan keserian itu masih jua milikMu..
ku pohon dgn limpah kurnia dariMu, Ya Allah..
Agar dpt Kau limpahkan keserian itu buat saudaraku ini, yg masih dan terus berjuang ke jalanMu..
Ku pohonkan juga keselamatan, kesejahteraan dan kegembiraan DariMu untuk dilimpahkan pada saudaraku ini..
semoga zul cepat sembuh....
Amin..
(minta Fatah Bacakan doa Selamat rabu mlm nnt)
sekiranya bikers ingin menziarah bro zul, sila hubungi saya (mr.president la,or faizal medic),blh kita ride beramai2 ziarah abg zul di sana.
Gambar motor yg Jatuh...calar sikit je..

No comments:
Post a Comment